BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 15, 2009

MASALAH DALAM PENDIDIKAN DAN KERJA SOSIAL DI SEKOLAH

PENGENALAN

KERJA SOSIAL DI SEKOLAH
Kerja sosial adalah suatu profesyen yang memupuk perubahan sosial, menyelesaikan pelbagai masalah dalam perhubungan antara individu atau manusia dan seterusnya memperkasakan serta membebaskan manusia ke arah kesejahteraan hidup. Di Malaysia amalan kerja sosial umumnya lebih dikaitkan dengan pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). JKM juga merupakan agensi terbesar kerja sosial yang menggunakan tidak kurang daripada 3,000 orang pekerja ketika ini. Hanya satu pertiga daripada tenaga kerja tersebut terlibat secara langsung dengan kerja-kerja kes sosial. Sebahagian lainnya adalah pekerja sokongan dan bukan bertaraf taknikal dan professional.

KERJA SOSIAL DI SEKOLAH DARI ASPEK SEJARAH

Bermula dengan usaha organisasi sukarela iaitu pada tahun 1906 di New York.
Dua buah rumah :u
# penempatan("settlement house"),
# Hartley house dan Greenwich house
Mary Marot, seorang guru dan penghuni rumah tersebut, membentuk komiti guru pelawat di peringkat rumah penempatan.u
u Dalam masa yang sama persatuan pendidikan wanita memperkenalkan konsep 'home and school visitor' untuk memperbaiki komunikasi antara sekolah dan rumah.
Di Connecticut pengarah Klinik Psikologi Hartfordu telah melantik 'special teacher' untuk membantu dalam lawatan ke rumah dan bertindak sebagai penghubung antara klinik dan sekolah
u Skidmore (1994), mengulas bahawa kerja sosial di sekolah bermula sejak 1906 bila Boston, Hartford dan New York States memasukkan proses pertolongan kerja sosial sekolah dalam sistem pentadbiran daerah mereka.
Sehingga hari ini, banyak sekolah mempunyai pekerjau sosialnya sendiri yang bersedia berkhidmat menangani permasalahan yang timbul di kalangan pelajarnya.


Objektif Pekerja Sosial Sekolah


Objektif Kerja Sosial
u Objektif kerja sosial yang telah digariskan oleh Persatuan Pekerja Sosial Amerika menjelaskan bahawa tujuan kerja sosial ialah untuk memperbaiki atau mengembalikan kefungsian sosial individu dan masyarakat ke arah meningkatkan kesejahteraan sosial serta kualiti hidup. Klien kepada pekerja sosial boleh terdiri dari individu, keluarga, komuniti dan juga organisasi (Johnson, 1992).

Intervensi Kerja Sosial

u 1) Meningkatkan atau memperkembangkan kemampuan penyelesaian masalah dan kemampuan individu menangani atau menghadapi masalah,
2) Menghubungkan orang ramai dengan sistem yang menyediakan sumber perkhidmatan dan peluang-peluang sosialu
2) Meningkatkan keberkesananu operasi sesuatu sistem dalam memberi perkhidmatan,
4) Membentuk atau memperbaiki polisi sosial.u



OBJEKTIF

1. Meningkatkan penyelesaian masalah boleh dikaitkan dengan praktis di peringkat individu di mana pekerja sosial bekerja dengan pelajar, ibubapa dan guru untuk menyelesaikan satu-satu masalah sosial yang wujud.
2. Menghubungkan dengan sumber boleh dicapai dengan pekerja sosial menghubungkan masalah yang dihadapi dengan sumber-sumber penyelesaian masalah yang wujud dalam sistem sekolah dan juga di luar sistem.
3. Meningkatkan keberkesanan sesuatu sistem di mana ianya boleh dicapai dengan bekerja di dalam sistem yang sedia ada di sekolah seperti Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Disiplin, Pentadbiran sekolah serta Persatuan Ibubapa dan Guru.
4. 4. Membangun dan memperbaiki polisi sosial boleh dilakukan oleh pekerja sosial di sekolah selepas melakukan penyelidikan secara langsung atau tidak langsung sepanjang penglibatan di sekolah.

Fungsi Pekerja Sosial Dalam 3 Bahagian

Perundingan (consultancy)u
Pengurusan Sumber (Resource Management)u
Pendidikan (educationu


Contoh Dalam Bahagian Perundingan
Enableru
= meningkatkan keupayaan individu atau kumpulan pelajar menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui kerja kes atau intervensi kerja sosial.
Planneru
= iaitu dengan mengkoordinasi pembangunan program dan polisi sosial yang berkaitan dengan pembangunan sekolah dan pelajar melalui penyelidikan dan perancangan.
Facilitatoru
iaitu dengan menjadi penunjuk cara kepada sesebuah organisasi seperti Persatuan Ibu bapa dan Guru untuk bergerak dengan lebih berkesan serta berkembang dengan lebih cepat dan positif.


Contoh Dalam Bahagian Pengurusan Sumber

Broker atau Advocateru
iaitu menjadi perantara antara pelajar atau ibu bapa dengan sumber yang berkaitan di dalam atau di luar sistem sekolah.
Convener atau Mediatoru
iaitu dengan menghubungkan kumpulan atau organisasi dalam sekolah dengan jaringan pembangunan sumber di luar sistem sekolah


Contoh Dalam Bahagian Pendidikan
Traineru
= dengan penuju cara atau mengajar melalui pembangunan kakitangan.
0utreach workeru
= dengan menyampaikan maklumat kepada masyarakat atau ibubapa mengenai sesuatu isu sosial.


Masalah Dalam Pendidikan

1. Masalah menyediakan peluang pendidikan kepada orang miskin dan kumpulan minoriti.
2. Banyak kekeliruan berlaku disebabkan matlamat sebenar pendidikan.
3. Masalah persekitaran tempat yang kurang memuaskan di sesetengah sekolah.

Masalah menyediakan peluang pendidikan kepada orang miskin dan kumpulan minoriti.
u Peruntukan kewangan adalah sedikit kepada sekolah di daerah yang kebanyakannya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah serta sekolah di daerah yang mempunyai golongan minoriti yang ramai. Dalam masyarakat kita, pencapaian akademik adalah berkait rapat dengan status sosioekonomi seseorang.

Banyak kekeliruan berlaku disebabkan matlamat sebenar pendidikan.
u Terdapat satu macam persetujuan di mana sekolah sepatutnya mengajar kemahiran asas dalam membaca, menulis dan aritmetik. Walau bagaimanapun, terdapat kontroversi dalam kalangan kumpulan yang mempunyai kepentingan yang berbeza berkenaan pendidikan yang sepatutnya diusahakan dan dicapai.

Masalah persekitaran tempat kerja yang kurang memuaskan di sesetengah sekolah
u Ia merangkumi bayaran gaji yang rendah dan martabat rendah, penyalahgunaan dadah dan alkohol dalam kalangan pelajar, ancaman fizikal dan ugutan daripada sesetengah pelajar, bekalan pengajaran yang kurang, dan perbandingan bilangan di antara pelajar dan guru yang amat ketara.

Rumusanu

Pekerja sosial di sekolah adalah membantu pihak sekolah dalam mengatasi masalah sosial yang boleh mengganggu proses pembelajaran.
Satu kerjasama jitu antara institusi yang memainkan peranan dalam menangani masalah sosial pelajar perlu diwujudkan.u
u Secara keseluruhannya, jelas kepada kita bahawa penempatan pekerja sosial di sekolah sepenuh masa amat diperlukan untuk menolong menyelesaikan masalah yang wujud.

Wednesday, October 14, 2009

Cabaran Kebajikan Sosial Pada Hari Ini dan Masa Depan

Konsep kebajikan sosial menurut National Association of Social Workers (NASW) ialah sebagai satu sistem program, faedah dan perkhidmatan yang membantu manusia memenuhi keperluan sosial, ekonomi, pendidikan dan kesihatan yang perlu untuk mengekalkan keseimbangan dalam masyarakat. Contoh program dan perkhidmatan seperti rumah kebajikan anak-anak yatim, pengambilan anak angkat, pusat penjagaan harian, parol dan pengawasan banduan.

Suatu ketika dulu, konsep kebajikan sosial ini dapat dilihat jelas dengan adanya unsur penerapan nilai-nilai tersebut ke dalam matlamat Dasar Pembangunan Nasional, antara matlamatnya ialah membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, disamping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif selaras dengan matlamat kebajikan sosial. Bagaimanapun, apa yang dapat diperhatikan kebajikan sosial kini ialah bantuan-bantuan yang dihulurkan berorientasikan pembasmian kemiskinan dan kurang menekankan kepada rancangan pembangunan rakyat. Perspektif ini memerlukan perubahan yang menitikberatkan kebajikan masyarakat. Penekanan harus diberikan terhadap program pembangunan manusia. Justeru itu, mereka akan berupaya untuk turut serta dalam aktiviti pasaran ekonomi dan buruh serta ia mampu mengubah mentaliti mereka dalam konsep kebergantungan.

Selain itu, cabaran yang dikenalpasti dalam kebajikan sosial pada hari ini ialah terdapat kes-kes di mana bantuan yang dihulurkan tidak diberikan kepada golongan sasaran yang sepatutnya. Misalnya pembelian rumah PPRT telah dijual kepada individu tidak layak untuk memohon bantuan. Bagaimanapun, kes seperti ini sering kedengaran dan antara puncanya ialah sikap pekerja sosial itu sendiri yang tidak mempunyai integriti dan amanah dalam bekerja sehingga sanggup menjualkan unit rumah tersebut kepada waris terdekat mahupun kenalan rapat. Kes seumpama ini jarang berlaku jika dibandingkan pada waktu dulu. Hal ini disebabkan pemilihan pekerja sosial yang betul di sesuatu institusi sosial yang dahulunya datangnya daripada pure bidang sosial. Oleh sebab itu, mereka lebih mendalami dan memahami permasalahan golongan yang memerlukan dan terasa “terpanggil” dan menganggap ia sebagai tanggungjawab mereka untuk menolong golongan tersebut sehingga ke penghujungnya. Pemilihan yang betul dalam mengambil para pekerja dan meletakkan beberapa kriteria khusus perlu dilaksanakan. Hal ini bagi memastikan mereka melaksanakan tugas yang diberi sepenuh jiwa dan bukan sekadar lewa sahaja.

Kebajikan sosial di Malaysia lebih tertumpu dan banyak dijalankan oleh pihak kerajaan berbanding NGO. Hal ini mat berbeza sekali dengan konsep yang dipraktikkan di negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, dan Rusia dimana peranan kebajikan sosial dimainkan oleh NGO. Di masa depan, pihak NGO perlu mengambil berat kes ini bagi merealisasikan matlamat negara dalam menjadi negara kebajikan.

Keseluruhannya, sekiranya terdapat kes-kes yang memerlukan pemantauan segera oleh institusi kebajikan sosial dan ia gagal dikesan secara telus, masyarakat harus mengambil peranan dalam membantu memberikan maklumat yang berguna. Elakkan daripada mengecam kegagalan institusi kebajikan sosial.

Saturday, September 12, 2009

Mengapa manusia bermasalah

Setiap orang mempunyai masalah masing-masing; namun bergantung pada individu dalam mencari proses menyelesaikannya. Terdapat pelbagai faktor yang mengundang kepada manusia bermasalah. Namun, pada kali ini kupasan hanya akan dibuat berdasarkan faktor struktur peluang yang dilihat dalam pelbagai aspek.

Faktor pertama yang menyebabkan manusia bermasalah disebabkan tiada struktur peluang melalui pendidikan. Masalah ini dipengaruhi oleh tahap pendidikan sesebuah keluarga. Tahap pendidikan keluarga miskin yang rendah turut memberi kesan kepada anak-anak dalam mendapatkan pendidikan yang sempurna.

Faktor kedua ialah kehadiran pekerja asing diakui dapat membantu negara mengatasi masalah kekurangan pekerja.Malah ia turut membantu mencapai kadar pertumbuhan ekonomi, tetapi dalam masa yang sama menyebabkan ramai rakyat Malaysia menganggur. Hal ini disebabkan kebanyakan peluang dimiliki oleh pekerja asing. Kelembapan ekonomi juga menyebabkan struktur peluang pekerjaan adalah sangat terhad. Oleh itu menyebabkan manusia tidak mahu berubah kerana mereka rasa peluang pekerjaan tidak ada pada mereka. Manusia bermasalah juga disebabkan terlalu memilih pekerjaan, mereka sangkakan contohnya mereka berkelulusan undang-undang hanya layak untuk berkerja sebagai peguam sahaja, bukan pekerjaan yang lain. Manusia terlalu memlih pekerjaan yang lebih standart, menyebabkan mereka terlalu sukar untuk membaiki diri mereka.

ICT kini tidak lagi boleh disangkal kewujudannya. ICT berpeluang untuk menyediakan peluang pendapatan dan pekerjaan. Jadi tidak hairan jika kita sering kali terdengar atau terbaca kes-kes yang berkaitan manipulasi seseorang pihak terhadap pihak yang lain. Sebagai contoh, penyalahgunaan teknologi di mana seseorang yang bertanggungjawab membaiki telefon bimbit atau komputer riba pelanggannya di dapati bersalah kerana terlibat dalam menggodam di mana berlaku pencerobohan maklumat sulit. Selain itu, internet juga menyediakan seksyen yang menarik iaitu borak melalui internet, IRC (Internet Relay Chat), yang membolehkan beribu-ribu pengguna internet sedunia berborak, berbincang, dan bertukar idea pada masa yang sama. Ini menyebabkan masalah pelayaran laman web yang berunsur pornografi semakin serius di kalangan remeja. Gambar-gambar pornografi di internet senang dicari dan tanpa pengetahuan orang lain. Dengan hanya klik tetikus sahaja mereka boleh mendapat sumber pornografi yang banyak. Hal ini menyebabkan mereka semakin ketagihan terhadap pencarian gambar pornografi di internet seterusnya berlakunya gejala-gelaja sosial seperti pergaulan bebas, bohsia, pembuangan bayi, lari dari rumah dan kes-kes jenayah.

Malaysia ialah sebuah negara membangun yang mementingkan kebajikan rakyat. Walaubagaimanapun, masih timbul isu di mana pihak yang bermasalah dan layak untuk menerima bantuan kebanyakan daripadanya segan atau sengaja tidak mahu menerima bantuan yang dihulurkan kerana tidak mahu dianggap sebagai seorang yang bermasalah. Golongan tersebut menganggap kehidupan mereka sekarang adalah dalam keadaan baik dan sejahtera walaupun hakikatnya masyarakat melihat sebaliknya. Oleh sebab itu, peluang untuk mendapat sesuatu bantuan yang dihulurkan gagal disebabkan mentaliti sesetengah individu.

Seterusnya, pergolakan politik yang melanda di sesebuah negara menyebabkan rakyat negara tersebut akan menjadi mangsa permainan politik antara pihak yang bertelingkah. Contoh yang paling nyata, rakyat negara Thailand bergaduh sesama sendiri kerana berlainan parti politik sehingga sanggup membunuh,mencederakan dan mogok beramai-ramai menyebabkan negara mengalami kerugian dan peratus kemiskinan menjadi semakin tinggi dan rakyat menderita akibat pergolakan politik ini.

Selain itu, sesebuah negara yang mengamalkan driskriminasi terhadap kaum minoriti menyebabkan kaum itu dipinggirkan dan tidak diberi peluang untuk memajukan diri seperti dasar apartheid yang membezakan kaum kulit putih dan kaum kulit hitam dimana kaum kulit hitam terpinggir daripada menerima pendidikan, pekerjaan dan peluang perniagaan menyebabkan mereka ditindas dan menjadi mangsa kemiskinan di negara sendiri.

Manusia bermasalah dari struktur peluang adalah disebabkan oleh sikap individu itu sendiri. Peluang memang luas dan terbuka tetapi faktor demanding individu itu menjadikan peluang itu tertutup. Ada juga sesetengah manusia yang tidak boleh menerima perubahan, mereka berada di takuk yang lama dan tidak mahu mengikuti arus pembangunan. Mereka tidak mahu berubah, terlalu rigid dan taksub dengan budaya kaum masing-masing sehingga mengabaikan keperluan hidup yang kini semakin global. Mereka akan ketinggalan dan mundur, sikap manusia yang tidak memikirkan masa dengan anak-anak mereka. Jika mereka miskin, adakah anak-anak mereka juga perlu menyambung kitaran itu dan terus menderita dalam kemiskinan hidup? Contohnya golongan orang asli, kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan dan membuka peluang kepada mereka untuk mendapatkan hidup yang selesa, lebih moden serta lengkap dengan pelbagai keperluan. Walaupun bukan semua golongan ini tidak boleh beradaptasi dengan pembangunan tetapi segelintir daripada golongan ini menolak mentah-mentah dan tidak mahu menerima perubahan sedangkan ia tidak mendatangkan kerugian kepada mereka. Manusia yang berminda kuno ini harus diberikan kesedaran, jika mereka miskin dan ketinggalan ia akan memberi kesan buruk kepada masa depan diri serta keluarga mereka bahkan Negara juga mendapat masalah kelak.

Sudah semestinya tekanan hidup merupakan satu masalah dalam kehidupan manusia tetapi dari pandangan struktur peluang, bagaimana ia boleh dikatakan mendatangkan masalah? Tiada peluang untuk mendapatkan pendidikan sempurna boleh menyebabkan tekanan hidup. Orang kata biar miskin wang tetapi kaya dengan pengetahuan. Dalam kehidupan kita memang memerlukan wang, ia merupakan keperluan asas hidup. Kadangkala peluang yang melimpah ruah akan menjadikan manusia itu alpha dan lupa diri. Kini, di zaman moden banyak skim pinjaman, penggunaan kad kredit dan sebagainya. Ianya nampak mudah, mewah dan semua orang boleh memilikinya. Tetapi apabila terlalu asyik berbelanja, perbelanjaan yang tidak terkawal serta boros maka, ia akan menimbulkan masalah kepada individu itu. Hutang sekeliling pinggang, bukankah ia adalah beban yang boleh mendatangkan tekanan hidup. Apabila peluang terlalu luas, manusia akan lupa diri dan bila mana peluang itu tiada manusia akan merungut. Semua itu adalah di atas kebijaksanaan kita membuat keputusan, berfikir dengan waras dan sentiasa berhati-hati dalam membuat keputusan. Semuanya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang kita miliki.


.

Wednesday, September 2, 2009

statistik wanita merokok di Malaysia

Kajian yang dijalankan berkaitan dengan kegiatan merokok
menunjukkan sebanyak 47.2% daripada jumlah lelaki (2,054
orang) adalah perokok. Manakala sebanyak 4.8% daripada
jumlah belia perempuan (2,030 orang) menghisap rokok.
(Sumber: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), 2006)

Tuesday, September 1, 2009

Saban hari banyak di dada-dada akhbar melaporkan tentang peningkatan jumlah remaja wanita merokok sejak beberapa tahun kebekalangan ini. Ia amat membimbangkan dan mungkin nisbah remaja wanita yang merokok berbanding lelaki menjadi 1:1 dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang, berbanding 1:4 sekarang.

Kajian pada baru-baru menunjukkan 29 peratus remaja lelaki merokok tetapi apa yang lebih menggerunkan ialah kadar perokok di kalangan remaja wanita melonjak hampir dua kali ganda iaitu daripada 4.8 peratus kepada lapan peratus dalam masa tiga tahun.

Melaka (Malaysia) – Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, bilangan wanita yang merokok di Malaysia semakin meningkat dengan kadar peningkatan agak mendadak di kalangan gadis remaja. Kadarnya melonjak hampir dua kali ganda daripada 4.8 peratus kepada 8 peratus dalam tempoh kajian selama tiga tahun.

ISU mengenai peningkatan wanita merokok kembali menjadi topik perbualan apabila kajian mendapati bilangan wanita yang merokok di negara ini telah meningkat 100 peratus pada 2003 berbanding pada tahun 1996.

Isu merokok kini merupakan masalah global yang boleh memudaratkan sistem kesihatan seluruh tubuh badan, menjejaskan produktiviti dan ekonomi negara.

Di mana sahaja kita pergi ada sahaja wanita yang tidak segan silu merokok di khalayak ramai dan mereka seolah-olah bangga dengan apa yang mereka lakukan. Bagi yang Melayu, ke mana hilangnya adat ketimuran mereka kerana langsung tidak ada sedikit segan atau malu apabila perlakuan mereka diperhatikan oleh masyarakat sekeliling.



Mereka yang merokok bukan sahaja terdiri wanita dewasa sahaja, tetapi kini, pelajar sekolah pun sudah berani berjinak-jinak dengan perbuatan tersebut yang mengundang pelbagai risiko dan juga akibat.

Habis waktu sekolah mereka berkumpul di tempat yang agak tersembunyi dan juga sama-sama merokok. Ada juga yang pada mulanya tidak tahu bagaimana melakukan perkara ini, tetapi apabila mereka menjejakkan diri di institusi pengajian tinggi, mereka mula terpengaruh dengan hasutan rakan sekeliling yang lebih berpengalaman.

Pelbagai faktor menjadi punca dan penyebab kepada pertambahan golongan hawa ini merokok. Salah satu faktor kecenderungan tabiat merokok dikalangan golongan tersebut dikenal pasti berpunca daripada empat faktor utama iaitu fisiologi, sosial, psikologi dan juga persekitaran.

Faktor fisiologi yang menjadi penyebab kepada gejala wanita merokok ialah perkara ataupun alasan yang tidak munasabah dikalangan wanita iaitu merokok dapat mengurangkan berat badan dikalangan wanita yang mementingkan penampilan mereka.

Ekoran kepercayaan di kalangan wanita Malaysia bahawa puntung rokok itu dapat membantu mereka mengekalkan bentuk badan dan menghalang mereka daripada menambah berat badan.

Rata-rata wanita Malaysia percaya bahawa merokok boleh mengawal selera, jadi mereka dapat mengawal pengambilan makanan dan mengawal berat badan mereka dan boleh mengekalkan kecantikan dan bentuk badan, tanpa mengetahui bahawa merokok boleh menjejaskan kulit mereka.

Selain itu, faktor psikologi yang dikaitkan dengan merokok ialah perkara berkaitan imej, ketagihan nikotin serta menangani persaan rendah diri dengan cara mengasingkan diri dari orang ramai dan menjadikan rokok sebagai teman di kala diri penuh masalah serta dilema.

Manakala faktor lain pula ialah persekitaran dan sosial atau lebih kepada terpengaruh dengan pengaruh luar dan rakan sebaya yang menyumbang untuk golongan wanita ini merokok.

Ia sudah menjadi trend golongan wanita hari ini mahu memperjuangkan persamaan taraf itu. Ini bermakna mereka mahu meletakkan diri mereka setaraf dengan lelaki. Golongan wanita percaya dengan merokok, taraf mereka sama dengan golongan lelaki. Bagi mereka, jika wanita boleh melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh lelaki, ia merupakan satu kebanggaan.

Merokok dikalangan wanita sebenarnya memberikan kesan yang teramat buruk dikalangan wanita dan kesan jangka panjang. perokok wanita mempunyai kadar lebih tinggi untuk dijangkiti kanser paru-paru, payu dara, servik dan kolon serta kadar kesuburan 30 peratus lebih rendah berbanding wanita yang tidak merokok.

Pelbagai jenis penyakit timbul berpunca daripada asap yang [b]mengandungi 4,000 bahan kimia[/b] berbahaya kepada jantung, terutama nikotin dan karbon monoksida itu. Wanita yang merokok akan menjejaskan kesihatan mereka dan juga penyumbang kepada penyakit kronik seperti barah payudara, barah rahim, dan sebagainya.

Begitupun, gambaran itu masih tidak cukup untuk menakutkan seorang perokok untuk mengurangkan jauh sekali meninggalkan tabiat berbahaya tersebut. Mereka tidak pernah takut dengan ancaman itu, malah langsung tidak menghiraukan sebarang risiko yang akan mereka hadapi untuk jangka masa panjang.

Seorang perokok yang mengambil lebih daripada 20 batang sehari, akan menghadapi 10 hingga 15 kali ganda risiko maut akibat serangan jantung jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.

Ukuran sebatang rokok yang dihisap ialah 0.5 cm dah jika 20 batang yang dihisap sehari akan bersamaan panjang satu meter. Jika seorang perokok itu merokok lebih banyak dan terlalu berat, semakin panjang batang rokok yang mereka ambil, maka semakin pendek umur mereka akibat penyakit yang diundang dalam sedar.

Kajian yang ditulis dalam Jurnal Institut Kanser Amerika Syarikat menyatakan bahawa wanita yang merokok mempunyai risiko terlalu tinggi mengidap penyakit kanser payu dara berbanding mereka yang tidak atau telah berhenti merokok.

Penemuan terbaru melalui kajian yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik diketuai oleh Peggy Reynolds dari Jabatan Perkhidmatan Kesihatan California itu mendapati, wanita yang mengakui mereka mempunyai tabiat merokok menghadapi risiko 30 peratus lebih tinggi dijangkiti penyakit tersebut berbanding mereka yang tidak merokok.

Manakala bagi wanita yang mengamalkan tabiat buruk itu sebelum berusia 20 tahun atau mula merokok sekurang-kurangnya lima tahun sebelum hamil, juga mempunyai risiko yang tinggi. Tetapi, bagi wanita yang pernah merokok dan kemudian berhenti tidak pula menghadapi risiko menghidap kanser payu dara.

Penyakit ini terjadi dikalangan wanita kerana kajian mendapati elemen-elemen asap rokok telah ditemui dalam bendalir payu dara di kalangan wanita yang merokok dan asap rokok sememangnya diketahui mengandungi bahan carcinogens yang berbahaya kepada sel manusia.

Selain nikotin dan karbon monoksida, antara bahan beracun lain yang terkandung dalam asap rokok ialah tar, acetone (penanggal kilat kuku), arsenic (racun anai-anai), ammonia, dioksin dan furan.

Kajian lain turut mendapati selain barah payudara, sekurang-kurangnya 40 penyakit dikaitkan dengan asap rokok, antaranya mati pucuk, jantung, ulser perut, strok, tekanan darah tinggi, keguguran janin, jangkitan saluran pernafasan dan osteoporosis.

Ketika mengandung, berat bayi bagi wanita merokok kemungkinannya tiga kali lebih rendah daripada bayi normal dan lebih tinggi risiko mendapat penyakit serta kematian pada tahun pertama kehidupan. Kualiti susu badan juga berkurangan jika bakal-bakal ibu ini mula merokok semasa bayi dalam kandungan.

Oleh itu, wanita sekarang perlu tahu dan mula buka mata menyedari mengenai bahaya merokok yang mengundang pelbagai bahaya dan risiko. Sebaiknya wanita tidak perlu merokok kerana ia tidak langsung memberikan kesan baik kepada sesiapa sahaja. Wanita Malaysia perlu memelihara adat ketimuran dengan tidak sesekali merokok seperti kaum lelaki.

Saturday, August 29, 2009

gambar wanita merokok