BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 12, 2009

Mengapa manusia bermasalah

Setiap orang mempunyai masalah masing-masing; namun bergantung pada individu dalam mencari proses menyelesaikannya. Terdapat pelbagai faktor yang mengundang kepada manusia bermasalah. Namun, pada kali ini kupasan hanya akan dibuat berdasarkan faktor struktur peluang yang dilihat dalam pelbagai aspek.

Faktor pertama yang menyebabkan manusia bermasalah disebabkan tiada struktur peluang melalui pendidikan. Masalah ini dipengaruhi oleh tahap pendidikan sesebuah keluarga. Tahap pendidikan keluarga miskin yang rendah turut memberi kesan kepada anak-anak dalam mendapatkan pendidikan yang sempurna.

Faktor kedua ialah kehadiran pekerja asing diakui dapat membantu negara mengatasi masalah kekurangan pekerja.Malah ia turut membantu mencapai kadar pertumbuhan ekonomi, tetapi dalam masa yang sama menyebabkan ramai rakyat Malaysia menganggur. Hal ini disebabkan kebanyakan peluang dimiliki oleh pekerja asing. Kelembapan ekonomi juga menyebabkan struktur peluang pekerjaan adalah sangat terhad. Oleh itu menyebabkan manusia tidak mahu berubah kerana mereka rasa peluang pekerjaan tidak ada pada mereka. Manusia bermasalah juga disebabkan terlalu memilih pekerjaan, mereka sangkakan contohnya mereka berkelulusan undang-undang hanya layak untuk berkerja sebagai peguam sahaja, bukan pekerjaan yang lain. Manusia terlalu memlih pekerjaan yang lebih standart, menyebabkan mereka terlalu sukar untuk membaiki diri mereka.

ICT kini tidak lagi boleh disangkal kewujudannya. ICT berpeluang untuk menyediakan peluang pendapatan dan pekerjaan. Jadi tidak hairan jika kita sering kali terdengar atau terbaca kes-kes yang berkaitan manipulasi seseorang pihak terhadap pihak yang lain. Sebagai contoh, penyalahgunaan teknologi di mana seseorang yang bertanggungjawab membaiki telefon bimbit atau komputer riba pelanggannya di dapati bersalah kerana terlibat dalam menggodam di mana berlaku pencerobohan maklumat sulit. Selain itu, internet juga menyediakan seksyen yang menarik iaitu borak melalui internet, IRC (Internet Relay Chat), yang membolehkan beribu-ribu pengguna internet sedunia berborak, berbincang, dan bertukar idea pada masa yang sama. Ini menyebabkan masalah pelayaran laman web yang berunsur pornografi semakin serius di kalangan remeja. Gambar-gambar pornografi di internet senang dicari dan tanpa pengetahuan orang lain. Dengan hanya klik tetikus sahaja mereka boleh mendapat sumber pornografi yang banyak. Hal ini menyebabkan mereka semakin ketagihan terhadap pencarian gambar pornografi di internet seterusnya berlakunya gejala-gelaja sosial seperti pergaulan bebas, bohsia, pembuangan bayi, lari dari rumah dan kes-kes jenayah.

Malaysia ialah sebuah negara membangun yang mementingkan kebajikan rakyat. Walaubagaimanapun, masih timbul isu di mana pihak yang bermasalah dan layak untuk menerima bantuan kebanyakan daripadanya segan atau sengaja tidak mahu menerima bantuan yang dihulurkan kerana tidak mahu dianggap sebagai seorang yang bermasalah. Golongan tersebut menganggap kehidupan mereka sekarang adalah dalam keadaan baik dan sejahtera walaupun hakikatnya masyarakat melihat sebaliknya. Oleh sebab itu, peluang untuk mendapat sesuatu bantuan yang dihulurkan gagal disebabkan mentaliti sesetengah individu.

Seterusnya, pergolakan politik yang melanda di sesebuah negara menyebabkan rakyat negara tersebut akan menjadi mangsa permainan politik antara pihak yang bertelingkah. Contoh yang paling nyata, rakyat negara Thailand bergaduh sesama sendiri kerana berlainan parti politik sehingga sanggup membunuh,mencederakan dan mogok beramai-ramai menyebabkan negara mengalami kerugian dan peratus kemiskinan menjadi semakin tinggi dan rakyat menderita akibat pergolakan politik ini.

Selain itu, sesebuah negara yang mengamalkan driskriminasi terhadap kaum minoriti menyebabkan kaum itu dipinggirkan dan tidak diberi peluang untuk memajukan diri seperti dasar apartheid yang membezakan kaum kulit putih dan kaum kulit hitam dimana kaum kulit hitam terpinggir daripada menerima pendidikan, pekerjaan dan peluang perniagaan menyebabkan mereka ditindas dan menjadi mangsa kemiskinan di negara sendiri.

Manusia bermasalah dari struktur peluang adalah disebabkan oleh sikap individu itu sendiri. Peluang memang luas dan terbuka tetapi faktor demanding individu itu menjadikan peluang itu tertutup. Ada juga sesetengah manusia yang tidak boleh menerima perubahan, mereka berada di takuk yang lama dan tidak mahu mengikuti arus pembangunan. Mereka tidak mahu berubah, terlalu rigid dan taksub dengan budaya kaum masing-masing sehingga mengabaikan keperluan hidup yang kini semakin global. Mereka akan ketinggalan dan mundur, sikap manusia yang tidak memikirkan masa dengan anak-anak mereka. Jika mereka miskin, adakah anak-anak mereka juga perlu menyambung kitaran itu dan terus menderita dalam kemiskinan hidup? Contohnya golongan orang asli, kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan dan membuka peluang kepada mereka untuk mendapatkan hidup yang selesa, lebih moden serta lengkap dengan pelbagai keperluan. Walaupun bukan semua golongan ini tidak boleh beradaptasi dengan pembangunan tetapi segelintir daripada golongan ini menolak mentah-mentah dan tidak mahu menerima perubahan sedangkan ia tidak mendatangkan kerugian kepada mereka. Manusia yang berminda kuno ini harus diberikan kesedaran, jika mereka miskin dan ketinggalan ia akan memberi kesan buruk kepada masa depan diri serta keluarga mereka bahkan Negara juga mendapat masalah kelak.

Sudah semestinya tekanan hidup merupakan satu masalah dalam kehidupan manusia tetapi dari pandangan struktur peluang, bagaimana ia boleh dikatakan mendatangkan masalah? Tiada peluang untuk mendapatkan pendidikan sempurna boleh menyebabkan tekanan hidup. Orang kata biar miskin wang tetapi kaya dengan pengetahuan. Dalam kehidupan kita memang memerlukan wang, ia merupakan keperluan asas hidup. Kadangkala peluang yang melimpah ruah akan menjadikan manusia itu alpha dan lupa diri. Kini, di zaman moden banyak skim pinjaman, penggunaan kad kredit dan sebagainya. Ianya nampak mudah, mewah dan semua orang boleh memilikinya. Tetapi apabila terlalu asyik berbelanja, perbelanjaan yang tidak terkawal serta boros maka, ia akan menimbulkan masalah kepada individu itu. Hutang sekeliling pinggang, bukankah ia adalah beban yang boleh mendatangkan tekanan hidup. Apabila peluang terlalu luas, manusia akan lupa diri dan bila mana peluang itu tiada manusia akan merungut. Semua itu adalah di atas kebijaksanaan kita membuat keputusan, berfikir dengan waras dan sentiasa berhati-hati dalam membuat keputusan. Semuanya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang kita miliki.


.

Wednesday, September 2, 2009

statistik wanita merokok di Malaysia

Kajian yang dijalankan berkaitan dengan kegiatan merokok
menunjukkan sebanyak 47.2% daripada jumlah lelaki (2,054
orang) adalah perokok. Manakala sebanyak 4.8% daripada
jumlah belia perempuan (2,030 orang) menghisap rokok.
(Sumber: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), 2006)

Tuesday, September 1, 2009

Saban hari banyak di dada-dada akhbar melaporkan tentang peningkatan jumlah remaja wanita merokok sejak beberapa tahun kebekalangan ini. Ia amat membimbangkan dan mungkin nisbah remaja wanita yang merokok berbanding lelaki menjadi 1:1 dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang, berbanding 1:4 sekarang.

Kajian pada baru-baru menunjukkan 29 peratus remaja lelaki merokok tetapi apa yang lebih menggerunkan ialah kadar perokok di kalangan remaja wanita melonjak hampir dua kali ganda iaitu daripada 4.8 peratus kepada lapan peratus dalam masa tiga tahun.

Melaka (Malaysia) – Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, bilangan wanita yang merokok di Malaysia semakin meningkat dengan kadar peningkatan agak mendadak di kalangan gadis remaja. Kadarnya melonjak hampir dua kali ganda daripada 4.8 peratus kepada 8 peratus dalam tempoh kajian selama tiga tahun.

ISU mengenai peningkatan wanita merokok kembali menjadi topik perbualan apabila kajian mendapati bilangan wanita yang merokok di negara ini telah meningkat 100 peratus pada 2003 berbanding pada tahun 1996.

Isu merokok kini merupakan masalah global yang boleh memudaratkan sistem kesihatan seluruh tubuh badan, menjejaskan produktiviti dan ekonomi negara.

Di mana sahaja kita pergi ada sahaja wanita yang tidak segan silu merokok di khalayak ramai dan mereka seolah-olah bangga dengan apa yang mereka lakukan. Bagi yang Melayu, ke mana hilangnya adat ketimuran mereka kerana langsung tidak ada sedikit segan atau malu apabila perlakuan mereka diperhatikan oleh masyarakat sekeliling.



Mereka yang merokok bukan sahaja terdiri wanita dewasa sahaja, tetapi kini, pelajar sekolah pun sudah berani berjinak-jinak dengan perbuatan tersebut yang mengundang pelbagai risiko dan juga akibat.

Habis waktu sekolah mereka berkumpul di tempat yang agak tersembunyi dan juga sama-sama merokok. Ada juga yang pada mulanya tidak tahu bagaimana melakukan perkara ini, tetapi apabila mereka menjejakkan diri di institusi pengajian tinggi, mereka mula terpengaruh dengan hasutan rakan sekeliling yang lebih berpengalaman.

Pelbagai faktor menjadi punca dan penyebab kepada pertambahan golongan hawa ini merokok. Salah satu faktor kecenderungan tabiat merokok dikalangan golongan tersebut dikenal pasti berpunca daripada empat faktor utama iaitu fisiologi, sosial, psikologi dan juga persekitaran.

Faktor fisiologi yang menjadi penyebab kepada gejala wanita merokok ialah perkara ataupun alasan yang tidak munasabah dikalangan wanita iaitu merokok dapat mengurangkan berat badan dikalangan wanita yang mementingkan penampilan mereka.

Ekoran kepercayaan di kalangan wanita Malaysia bahawa puntung rokok itu dapat membantu mereka mengekalkan bentuk badan dan menghalang mereka daripada menambah berat badan.

Rata-rata wanita Malaysia percaya bahawa merokok boleh mengawal selera, jadi mereka dapat mengawal pengambilan makanan dan mengawal berat badan mereka dan boleh mengekalkan kecantikan dan bentuk badan, tanpa mengetahui bahawa merokok boleh menjejaskan kulit mereka.

Selain itu, faktor psikologi yang dikaitkan dengan merokok ialah perkara berkaitan imej, ketagihan nikotin serta menangani persaan rendah diri dengan cara mengasingkan diri dari orang ramai dan menjadikan rokok sebagai teman di kala diri penuh masalah serta dilema.

Manakala faktor lain pula ialah persekitaran dan sosial atau lebih kepada terpengaruh dengan pengaruh luar dan rakan sebaya yang menyumbang untuk golongan wanita ini merokok.

Ia sudah menjadi trend golongan wanita hari ini mahu memperjuangkan persamaan taraf itu. Ini bermakna mereka mahu meletakkan diri mereka setaraf dengan lelaki. Golongan wanita percaya dengan merokok, taraf mereka sama dengan golongan lelaki. Bagi mereka, jika wanita boleh melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh lelaki, ia merupakan satu kebanggaan.

Merokok dikalangan wanita sebenarnya memberikan kesan yang teramat buruk dikalangan wanita dan kesan jangka panjang. perokok wanita mempunyai kadar lebih tinggi untuk dijangkiti kanser paru-paru, payu dara, servik dan kolon serta kadar kesuburan 30 peratus lebih rendah berbanding wanita yang tidak merokok.

Pelbagai jenis penyakit timbul berpunca daripada asap yang [b]mengandungi 4,000 bahan kimia[/b] berbahaya kepada jantung, terutama nikotin dan karbon monoksida itu. Wanita yang merokok akan menjejaskan kesihatan mereka dan juga penyumbang kepada penyakit kronik seperti barah payudara, barah rahim, dan sebagainya.

Begitupun, gambaran itu masih tidak cukup untuk menakutkan seorang perokok untuk mengurangkan jauh sekali meninggalkan tabiat berbahaya tersebut. Mereka tidak pernah takut dengan ancaman itu, malah langsung tidak menghiraukan sebarang risiko yang akan mereka hadapi untuk jangka masa panjang.

Seorang perokok yang mengambil lebih daripada 20 batang sehari, akan menghadapi 10 hingga 15 kali ganda risiko maut akibat serangan jantung jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.

Ukuran sebatang rokok yang dihisap ialah 0.5 cm dah jika 20 batang yang dihisap sehari akan bersamaan panjang satu meter. Jika seorang perokok itu merokok lebih banyak dan terlalu berat, semakin panjang batang rokok yang mereka ambil, maka semakin pendek umur mereka akibat penyakit yang diundang dalam sedar.

Kajian yang ditulis dalam Jurnal Institut Kanser Amerika Syarikat menyatakan bahawa wanita yang merokok mempunyai risiko terlalu tinggi mengidap penyakit kanser payu dara berbanding mereka yang tidak atau telah berhenti merokok.

Penemuan terbaru melalui kajian yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik diketuai oleh Peggy Reynolds dari Jabatan Perkhidmatan Kesihatan California itu mendapati, wanita yang mengakui mereka mempunyai tabiat merokok menghadapi risiko 30 peratus lebih tinggi dijangkiti penyakit tersebut berbanding mereka yang tidak merokok.

Manakala bagi wanita yang mengamalkan tabiat buruk itu sebelum berusia 20 tahun atau mula merokok sekurang-kurangnya lima tahun sebelum hamil, juga mempunyai risiko yang tinggi. Tetapi, bagi wanita yang pernah merokok dan kemudian berhenti tidak pula menghadapi risiko menghidap kanser payu dara.

Penyakit ini terjadi dikalangan wanita kerana kajian mendapati elemen-elemen asap rokok telah ditemui dalam bendalir payu dara di kalangan wanita yang merokok dan asap rokok sememangnya diketahui mengandungi bahan carcinogens yang berbahaya kepada sel manusia.

Selain nikotin dan karbon monoksida, antara bahan beracun lain yang terkandung dalam asap rokok ialah tar, acetone (penanggal kilat kuku), arsenic (racun anai-anai), ammonia, dioksin dan furan.

Kajian lain turut mendapati selain barah payudara, sekurang-kurangnya 40 penyakit dikaitkan dengan asap rokok, antaranya mati pucuk, jantung, ulser perut, strok, tekanan darah tinggi, keguguran janin, jangkitan saluran pernafasan dan osteoporosis.

Ketika mengandung, berat bayi bagi wanita merokok kemungkinannya tiga kali lebih rendah daripada bayi normal dan lebih tinggi risiko mendapat penyakit serta kematian pada tahun pertama kehidupan. Kualiti susu badan juga berkurangan jika bakal-bakal ibu ini mula merokok semasa bayi dalam kandungan.

Oleh itu, wanita sekarang perlu tahu dan mula buka mata menyedari mengenai bahaya merokok yang mengundang pelbagai bahaya dan risiko. Sebaiknya wanita tidak perlu merokok kerana ia tidak langsung memberikan kesan baik kepada sesiapa sahaja. Wanita Malaysia perlu memelihara adat ketimuran dengan tidak sesekali merokok seperti kaum lelaki.