BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 30, 2009

Kebajikan sosial

PROGRAM DALAM KEBAJIKAN SOSIAL
1. Penjagaan anak yatim (rumah)
2. Pemulihan bagi penagih dadah atau alkohol
3. Sediakan keperluan kewangan bagi orang miskin
4. Perkhidmatan penjagaan kanak-kanak
5. Menyediakan perkhidmatan kepada orang tua
6. Nasihat / kaunseling pada individu dan kumpulan yang memerlukan
7. Perkhidmatan kepada pesakit AIDS
8. Mengajar / membantu proses sosialisasi kanak-kanak kurang upaya



NILAI-NILAI 1 MALAYSIA
Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

1. Ketabahan
2. Penerimaan
3. Pendidikan
4. Integriti
5. Meritokrasi
6. Rendah hati
7. Kesetiaan
8. Kecemerlangan



Menurut konsep Satu Malaysia, semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.


Di antara 8 nilai tersebut, terdapat nilai-nilai yang berkaitan dengan kebajikan sosial samada secara langsung atau tiak langsung. Nilai-nili tersebut adalah:-


1. PENERIMAAN

Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa.
· Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.
· Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik. Selain keadilan dalam bidang kehakiman, keadilan sosial juga dituntut ke atas umat Islam supaya melakukannya kepada semua individu dalam masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan budaya. Setiap anggota masyarakat hendaklah mendapat keperluan asas mereka seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, peluang mendapat pelajaran dan pekerjaan.
· Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan ‘1 Malaysia’.
· Teras ketiga 1 Malaysia pula berasaskan kepada keadilan sosial iaitu memastikan kerajaan berlaku adil kepada semua kaum. Kalau masyarakat miskin perlukan bantuan, kita perlu membantu mereka.


2. INTEGRITI

Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan. Kita hendaklah mendekati dan memberi pertolongan kepada orang yang berada dalam kesusahan dan kesempitan, anak-anak yatim dan remaja yang terlibat dengan berbagai-bagai gekjala sosial.


3. RENDAH HATI (TAWADHUK)

Rasa rendah hati atau Tawadhuk adalah perasaan insaf bahawa kita semua adalah rakyat dalam satu negara yang sama dan kita perlu hidup bersama secara harmoni. Ia juga merangkumi pengertian bahawa setiap kaum, malah setiap individu ada kelemahan dan kelebihan nya yang sendiri, dan seharusnya kita memanfaatkan kelebihan masing-masing demi untuk memperkukuhkan masyarakat dan negara.


4. KETABAHAN

Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi.


5. KEBIJAKSANAAN

Ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.

0 comments: