BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 14, 2009

Cabaran Kebajikan Sosial Pada Hari Ini dan Masa Depan

Konsep kebajikan sosial menurut National Association of Social Workers (NASW) ialah sebagai satu sistem program, faedah dan perkhidmatan yang membantu manusia memenuhi keperluan sosial, ekonomi, pendidikan dan kesihatan yang perlu untuk mengekalkan keseimbangan dalam masyarakat. Contoh program dan perkhidmatan seperti rumah kebajikan anak-anak yatim, pengambilan anak angkat, pusat penjagaan harian, parol dan pengawasan banduan.

Suatu ketika dulu, konsep kebajikan sosial ini dapat dilihat jelas dengan adanya unsur penerapan nilai-nilai tersebut ke dalam matlamat Dasar Pembangunan Nasional, antara matlamatnya ialah membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, disamping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif selaras dengan matlamat kebajikan sosial. Bagaimanapun, apa yang dapat diperhatikan kebajikan sosial kini ialah bantuan-bantuan yang dihulurkan berorientasikan pembasmian kemiskinan dan kurang menekankan kepada rancangan pembangunan rakyat. Perspektif ini memerlukan perubahan yang menitikberatkan kebajikan masyarakat. Penekanan harus diberikan terhadap program pembangunan manusia. Justeru itu, mereka akan berupaya untuk turut serta dalam aktiviti pasaran ekonomi dan buruh serta ia mampu mengubah mentaliti mereka dalam konsep kebergantungan.

Selain itu, cabaran yang dikenalpasti dalam kebajikan sosial pada hari ini ialah terdapat kes-kes di mana bantuan yang dihulurkan tidak diberikan kepada golongan sasaran yang sepatutnya. Misalnya pembelian rumah PPRT telah dijual kepada individu tidak layak untuk memohon bantuan. Bagaimanapun, kes seperti ini sering kedengaran dan antara puncanya ialah sikap pekerja sosial itu sendiri yang tidak mempunyai integriti dan amanah dalam bekerja sehingga sanggup menjualkan unit rumah tersebut kepada waris terdekat mahupun kenalan rapat. Kes seumpama ini jarang berlaku jika dibandingkan pada waktu dulu. Hal ini disebabkan pemilihan pekerja sosial yang betul di sesuatu institusi sosial yang dahulunya datangnya daripada pure bidang sosial. Oleh sebab itu, mereka lebih mendalami dan memahami permasalahan golongan yang memerlukan dan terasa “terpanggil” dan menganggap ia sebagai tanggungjawab mereka untuk menolong golongan tersebut sehingga ke penghujungnya. Pemilihan yang betul dalam mengambil para pekerja dan meletakkan beberapa kriteria khusus perlu dilaksanakan. Hal ini bagi memastikan mereka melaksanakan tugas yang diberi sepenuh jiwa dan bukan sekadar lewa sahaja.

Kebajikan sosial di Malaysia lebih tertumpu dan banyak dijalankan oleh pihak kerajaan berbanding NGO. Hal ini mat berbeza sekali dengan konsep yang dipraktikkan di negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, dan Rusia dimana peranan kebajikan sosial dimainkan oleh NGO. Di masa depan, pihak NGO perlu mengambil berat kes ini bagi merealisasikan matlamat negara dalam menjadi negara kebajikan.

Keseluruhannya, sekiranya terdapat kes-kes yang memerlukan pemantauan segera oleh institusi kebajikan sosial dan ia gagal dikesan secara telus, masyarakat harus mengambil peranan dalam membantu memberikan maklumat yang berguna. Elakkan daripada mengecam kegagalan institusi kebajikan sosial.

0 comments: